Posts

Pandemik Covid 19 Kembali!!!

 We never know it can come back to us unexpectedly...we thought its gone for good and forever. Hakikatnya, the virus datang balik and this time bukan main-main. Keadaan semakin teruk di Brunei sebab kelmarin dilaporkan ada 314 kes baru aktif. Sangat mengejutkan, menyedihkan dan menakutkan buat kami semua. Sementara aku merasa semakin takut untuk keluar atau jalan ke mana-mana. Sebab keadaan sekarang tidak selamat untuk bersuka ria.  Vaksin pun kami belum buat. In Sha Allah soon... Sejujurnya im so afraid of the possibility that im infected with it. Im thinking about my daughter as well. I mean she is just 1 year plus. I cannot be separated with her. I just got her last year and its too heartbroken if we separate from each other.  Please Bruneians, lets keep our heart strong and face it calmly. We dont have to make it worst by commenting or giving negative thoughts on other people. The frontline perlukan pertolongan dan kerjasama kitani untuk mencapai misi membasmi Covid 19 daripada Bru

Bakal Ibu & COVID-19

Secara umumnya, pasti ramai tahu bahawa sekarang ialah musim virus yang dipanggil COVID-19. Satu pandemik yang menggegarkan seluruh dunia yang bermula di Wuhan, China. Walau bagaimanapun, kita tetaplah teruskan berdoa semoga wabak ini akan hilang dengan secepatnya dan dan negara kita akan aman semula dengan izin Allah SWT. ALHAMDULILLAH, setakat ini di Brunei Darussalam, kes tersebut sudah berkurangan namun langkah pencegahan haruslah sentiasa diamalkan sehinggalah wabak tersebut benar-benar sudah terhapus dan terkawal.  Berikutan kisah si Gadis dan si Jejaka, setelah mereka berkahwin selama lebih setahun, Alhamdulillah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki telah memakbulkan doa mereka untuk memperolehi cahaya mata. Namun, si Gadis sekarang hamil 7 bulan. Si Jejaka nampak sungguh gembira dengan berita tersebut. Mana tidaknya, berita itulah yang ditunggu-tunggu selama ini. Mereka berdua rasa sungguh bersyukur.  Tetapi si Gadis masih pula rasa risau disebabkan musim wabak sekarang.

Cabaran Si Gadis Sebagai Isteri

Part 8 Alhamdulillah, sudah beberapa bulan berlalu selepas majlis perkahwinan Si Gadis dan Si Jejaka. Memang diakui akan ada pasang surut dalam rumahtangga. Namun semua itu dilalui bersama tanpa pergaduhan atau masam muka yang berpanjangan. Si Jejaka memang menunjukkan sikap seorang suami yang penyayang, baik hati dan ambil berat akan Si Gadis. Sepanjang alam perkahwinan mereka, Si Jejaka tidak pernah jemu membuatkan Si Gadis merasa gembira. Lain ceritanya pula bagi Si Gadis. Dia merasakan beberapa cabaran sepanjang menjadi seorang isteri. Walaupun tak pernah meluahkan isi hatinya kepada suami, dia sentiasa mengadu kepada Allah Yang Maha Mendengar. Pernah sekali Si Jejaka merungut tentang makanan yang dia inginkan telah habis di sebuah restoran kegemaran kami. Si Gadis turut sama hilang selera makan seperti Si Jejaka yang menunjukkan sikap kebudakan itu. Si Gadis terus rasa marah dalam hati namun tidak diluahkan kepada suami. Tetapi Si Jejaka tahu dia sudah keterlaluan lalu cub

Kemampuan, Kekuatan dan Keberanian Si Gadis

Part 7 Memang betul kata orang, dugaan hendak berkahwin ini memang sungguh mencabar. Terutama sekali bagi si gadis. Si gadis sibuk dengan pelajarannya sekarang. Apa lagi sekarang sudah masuk tahun ke empat. Final Year. Namun si gadis terpaksa menyambung 1 semester lagi tahun depan kerana modular credits yang tidak mencukupi bagi outside faculty breadth. Tambahan lagi, assignments pula sudah mula datang melambak. Namun dalam hati sentiasa berdoa supaya semuanya dipermudahkan sewaktu hampir hari perkahwinan nanti. Kad jemputan sudah pun mula diedarkan. Alhamdulillah juga untuk persiapan perkahwinan.  Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan pembelajaran dan perkahwinanku ini. Aku memohon Engkau jauhilah kami dari kekusutan di kemudian hari dan datangkanlah kemudahan di setiap hari kami. Aku percaya akan perancanganMu Ya Allah. Semoga Engkau sentiasa terus memberkati perjalanan hidup kami ini Ya Allah. Amin... Itulah yang selalu dipinta oleh Si Gadis. Kemudahan dan keb

Si Gadis & Si Jejaka; Hati Yang Ragu

Part 6 Suara-suara itu sering datang mengganggu fikiran si gadis. Adakalanya datang ketika sedih, marah dan ragu-ragu. Ya, si jejaka memang nampak bahagia. Namun dalam fikiran si gadis,   "Betul ke dia gembira? atau hanya sekadar topeng untuk menyenangkan hatinya? Betul ke dia nak kawin dengan aku? Atau hanya sekadar simpati terhadap hatiku yang terluka? Atau kerana takut aku membunuh diriku kerana luka yang begitu mendalam? Atau kerana kasihan terhadap hubungan yang telah lama terjalin selama hampir 8 tahun ini?" - Si Gadis Ya, itulah yang sering bersuara di dalam fikiran si gadis. Adakah dirinya sudah gila? Tidak waras? Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa celarunya fikirannya sekarang. Kadang-kadang si gadis mengia-iakan apa yang ada di fikirannya dan kadang-kadang menidakkan. Si gadis menganggap ini semua hanya mainan perasaan. Pernah terdetik dihatinya untuk menghendap si jejaka dalam diam tetapi fikirannya buntu bagaimanakah caranya. Namun dia kembali be

Si Gadis & Si Jejaka Bakal Bersatu

Part 5 Alhamdulillah ... Si gadis rasa sungguh bersyukur kerana si jejaka akhirnya nampak tekad dengan keputusan untuk mengikat tali perkahwinan dengannya. Segala urusan yang perlu dilakukan sudah pun mula dilakukan. Berbunga-bunga hati si gadis kerana sudah terbayang-bayang waktu hari pernikahan mereka. Ya, si gadis akui, begiu juga si jejaka, hanya inginkan sebuah majlis pernikahan yang kecil sahaja. Kedua-dua belah pihak keluarga juga telah bertemu empat mata membincangkan urusan perkahwinan yang akan diadakan Oktober tahun ini. In Sha Allah semoga segalanya dipermudahkan...Amin... By,         Primrose

Buku Baru; Kosong Kosong

Part 4 Tahun baru merupakan permulaan baru untuk buka buku baru. Ya, si gadis sudah tekad untuk melupakan khilaf si jejaka dan mencuba membuka hati untuk memaafkan semua orang yang menyakitkan hati. Namun adakalanya si gadis masih ragu-ragu...Betul ke si jejaka patuh pada hatinya kali ini? Si jejaka juga sudah mula menunjukkan rasa senangnya kerana si gadis mula belajar untuk mencintainya kembali. Setiap senyuman yang terbit di bibir si gadis membuktikan yang gadis itu sedang perlahan-lahan pulih dari kesakitan yang dilakukan olehnya. Ya, dia mesti teruskan untuk membuat gadis itu bahagia kerana itu satu bayaran terhadap apa yang pernah dilakukannya dahulu.  "Takkan pernah ada lagi orang ketiga masuk ke dalam hidup kita kecuali awak dan saya" Itulah yang dijanjikan si jejaka. "Cukuplah sekali. Jangan biar hati saya terluka lagi kerana saya takkan mampu bertahan sekiranya terjadi lagi..." Itulah yang dikatakan oleh si gadis. Dan perlaha