Posts

Showing posts from February, 2018

Buku Baru; Kosong Kosong

Part 4 Tahun baru merupakan permulaan baru untuk buka buku baru. Ya, si gadis sudah tekad untuk melupakan khilaf si jejaka dan mencuba membuka hati untuk memaafkan semua orang yang menyakitkan hati. Namun adakalanya si gadis masih ragu-ragu...Betul ke si jejaka patuh pada hatinya kali ini? Si jejaka juga sudah mula menunjukkan rasa senangnya kerana si gadis mula belajar untuk mencintainya kembali. Setiap senyuman yang terbit di bibir si gadis membuktikan yang gadis itu sedang perlahan-lahan pulih dari kesakitan yang dilakukan olehnya. Ya, dia mesti teruskan untuk membuat gadis itu bahagia kerana itu satu bayaran terhadap apa yang pernah dilakukannya dahulu.  "Takkan pernah ada lagi orang ketiga masuk ke dalam hidup kita kecuali awak dan saya" Itulah yang dijanjikan si jejaka. "Cukuplah sekali. Jangan biar hati saya terluka lagi kerana saya takkan mampu bertahan sekiranya terjadi lagi..." Itulah yang dikatakan oleh si gadis. Dan perlaha

Perasaan Yang Hilang

Part 3 Si gadis hanya termenung di dalam bilik tidurnya. Masih keliru dengan keputusan yang telah dibuat. Entah kenapa sejak beberapa bulan ini tingkah laku lelaki itu berbeza sekali dengannya. Tidak begitu rapat. Tidak ambil berat seperti dulu-dulu. Adakah perlahan-lahan lelaki itu sudah bosan dengan perangainya ini. Ya, dia mengaku yang dia selalu marah-marah, berfikiran negatif dan fikir yang bukan-bukan terhadap si jejaka. Kadang-kadang sehingga menimbulkan kemarahan dan pergaduhan yang tidak diinginkan. Akhirnya si gadis itu sendiri yang mengalirkan air mata kesedihan.  Adakalanya juga si gadis berfikir adakah dia sudah tidak waras? Setiap kali si gadis meluahkan rasa sedihnya kepada si jejaka, si jejaka sentiasa memahami si gadis kerana dia tahu itu semua juga punca daripada kekhilafannya sendiri.  Si gadis duduk bersila di atas katil sambil memeluk kuat bantalnya. Air matanya mula menitis lagi. Dalam hatinya...Ya Allah, berikan aku kekuatan kerana Engkaulah sumbe