Posts

Showing posts from September, 2018

Kemampuan, Kekuatan dan Keberanian Si Gadis

Part 7 Memang betul kata orang, dugaan hendak berkahwin ini memang sungguh mencabar. Terutama sekali bagi si gadis. Si gadis sibuk dengan pelajarannya sekarang. Apa lagi sekarang sudah masuk tahun ke empat. Final Year. Namun si gadis terpaksa menyambung 1 semester lagi tahun depan kerana modular credits yang tidak mencukupi bagi outside faculty breadth. Tambahan lagi, assignments pula sudah mula datang melambak. Namun dalam hati sentiasa berdoa supaya semuanya dipermudahkan sewaktu hampir hari perkahwinan nanti. Kad jemputan sudah pun mula diedarkan. Alhamdulillah juga untuk persiapan perkahwinan.  Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan pembelajaran dan perkahwinanku ini. Aku memohon Engkau jauhilah kami dari kekusutan di kemudian hari dan datangkanlah kemudahan di setiap hari kami. Aku percaya akan perancanganMu Ya Allah. Semoga Engkau sentiasa terus memberkati perjalanan hidup kami ini Ya Allah. Amin... Itulah yang selalu dipinta oleh Si Gadis. Kemudahan dan keb