Posts

Showing posts from April, 2018

Si Gadis & Si Jejaka; Hati Yang Ragu

Part 6 Suara-suara itu sering datang mengganggu fikiran si gadis. Adakalanya datang ketika sedih, marah dan ragu-ragu. Ya, si jejaka memang nampak bahagia. Namun dalam fikiran si gadis,   "Betul ke dia gembira? atau hanya sekadar topeng untuk menyenangkan hatinya? Betul ke dia nak kawin dengan aku? Atau hanya sekadar simpati terhadap hatiku yang terluka? Atau kerana takut aku membunuh diriku kerana luka yang begitu mendalam? Atau kerana kasihan terhadap hubungan yang telah lama terjalin selama hampir 8 tahun ini?" - Si Gadis Ya, itulah yang sering bersuara di dalam fikiran si gadis. Adakah dirinya sudah gila? Tidak waras? Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa celarunya fikirannya sekarang. Kadang-kadang si gadis mengia-iakan apa yang ada di fikirannya dan kadang-kadang menidakkan. Si gadis menganggap ini semua hanya mainan perasaan. Pernah terdetik dihatinya untuk menghendap si jejaka dalam diam tetapi fikirannya buntu bagaimanakah caranya. Namun dia kembali be

Si Gadis & Si Jejaka Bakal Bersatu

Part 5 Alhamdulillah ... Si gadis rasa sungguh bersyukur kerana si jejaka akhirnya nampak tekad dengan keputusan untuk mengikat tali perkahwinan dengannya. Segala urusan yang perlu dilakukan sudah pun mula dilakukan. Berbunga-bunga hati si gadis kerana sudah terbayang-bayang waktu hari pernikahan mereka. Ya, si gadis akui, begiu juga si jejaka, hanya inginkan sebuah majlis pernikahan yang kecil sahaja. Kedua-dua belah pihak keluarga juga telah bertemu empat mata membincangkan urusan perkahwinan yang akan diadakan Oktober tahun ini. In Sha Allah semoga segalanya dipermudahkan...Amin... By,         Primrose