Si Gadis & Si Jejaka; Hati Yang Ragu

Part 6

Suara-suara itu sering datang mengganggu fikiran si gadis. Adakalanya datang ketika sedih, marah dan ragu-ragu. Ya, si jejaka memang nampak bahagia. Namun dalam fikiran si gadis,  

"Betul ke dia gembira? atau hanya sekadar topeng untuk menyenangkan hatinya? Betul ke dia nak kawin dengan aku? Atau hanya sekadar simpati terhadap hatiku yang terluka? Atau kerana takut aku membunuh diriku kerana luka yang begitu mendalam? Atau kerana kasihan terhadap hubungan yang telah lama terjalin selama hampir 8 tahun ini?" - Si Gadis

Ya, itulah yang sering bersuara di dalam fikiran si gadis. Adakah dirinya sudah gila? Tidak waras? Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa celarunya fikirannya sekarang. Kadang-kadang si gadis mengia-iakan apa yang ada di fikirannya dan kadang-kadang menidakkan. Si gadis menganggap ini semua hanya mainan perasaan.

Pernah terdetik dihatinya untuk menghendap si jejaka dalam diam tetapi fikirannya buntu bagaimanakah caranya. Namun dia kembali berfikir, adakah tindakannya ini akan mendatangkan hasil atau runtuhnya sebuah masjid yang akan dibina tidak lama lagi? Si gadis beristighfar dalam hati dan mula berfikiran positif.

Tetapi tidak dinafikan suara-suara itu dan hati yang ragu-ragu itu masih ada menghantui hidupnya sepanjang waktu...


By,
          PRIMROSE

Comments

Popular posts from this blog

Primrose: The Beginning

Si Gadis & Si Jejaka Bakal Bersatu

Buku Baru; Kosong Kosong