Cabaran Si Gadis Sebagai Isteri

Part 8


Alhamdulillah, sudah beberapa bulan berlalu selepas majlis perkahwinan Si Gadis dan Si Jejaka. Memang diakui akan ada pasang surut dalam rumahtangga. Namun semua itu dilalui bersama tanpa pergaduhan atau masam muka yang berpanjangan. Si Jejaka memang menunjukkan sikap seorang suami yang penyayang, baik hati dan ambil berat akan Si Gadis. Sepanjang alam perkahwinan mereka, Si Jejaka tidak pernah jemu membuatkan Si Gadis merasa gembira.

Lain ceritanya pula bagi Si Gadis. Dia merasakan beberapa cabaran sepanjang menjadi seorang isteri. Walaupun tak pernah meluahkan isi hatinya kepada suami, dia sentiasa mengadu kepada Allah Yang Maha Mendengar. Pernah sekali Si Jejaka merungut tentang makanan yang dia inginkan telah habis di sebuah restoran kegemaran kami. Si Gadis turut sama hilang selera makan seperti Si Jejaka yang menunjukkan sikap kebudakan itu. Si Gadis terus rasa marah dalam hati namun tidak diluahkan kepada suami. Tetapi Si Jejaka tahu dia sudah keterlaluan lalu cuba memujuk hati Si Gadis dengan tingkah lakunya. Tingkah lakunya bermaksud dia menyentuh lembut tangan isterinya dan memandang wajah isterinya dengan wajah yang mengatakan "Abang minta maaf".

Hal lain pula, Si Gadis merasakan fikirannya terlalu ke hadapan kerana sering memikirkan apa yang patut dilakukan, yang mana satu patut didahulukan, nak masak apa untuk sarapan dan makan malam, bagaimana nak mengambil dan menjaga hati mak mertua, kakak ipar dan suami, pakai baju yang mana, sediakan pakaian sesuai untuk suami, memikirkan barang dapur dan barang peribadi, memikirkan duit yang mungkin akan jatuh dari langit. Semua persoalan ini memenuhi segenap otak Si Gadis. Rupanya beginilah kehidupan seorang isteri. Si Gadis selalu memandang rendah dengan tanggungjawab seorang isteri. Memang tidak mudah. Patutlah orang-orang tua selalu cakap "Kerja dulu baru kawin".

Rezeki dan anugerah dari Allah tidak sepatutnya dipertikaikan. Si Gadis dan Si Jejaka tidak pernah putus asa untuk mencuba pelbagai cara dalam mendapatkan cahaya mata. Si Gadis juga risau sekiranya apa yang terjadi adalah berpunca dari kesihatannya. Dia juga inginkan bayi comel sebagai tanda kekuatan cinta mereka. Si Jejaka juga pernah menyampaikan hasrat untuk mendapatkan bayi comel sebagai penyeri hidup mereka. Walau apapun, Si Gadis tidak pernah lupa untuk berdoa kepada Allah agar impian mereka dikabulkan.

Love,
              Primrose


Comments

Popular posts from this blog

Primrose: The Beginning

Si Gadis & Si Jejaka Bakal Bersatu

Buku Baru; Kosong Kosong