Posts

Showing posts from January, 2018

Hati Yang Terluka

Part 2 Si jejaka bersandar pada pintu keretanya dan tersenyum ketika memandang si gadis yang berjalan ke arahnya.  Dia tahu apa yang berlaku di dalam hati gadis itu sekarang tapi dia sungguh terharu kerana gadis itu masih boleh memaafkannya atas apa yang telah terjadi. Ya, dia mengaku dia yang khilaf. Dia mudah jatuh cinta sedangkan sudah bertahun-tahun bersama gadis ini tapi mengapa dia dengan sekelip mata sahaja melukakan hati gadis yang disayanginya ini. Akan ku jaga hatinya sebaik mungkin selepas ini...Maafkan aku Tuhan...bisik si jejaka dalam hati. Si gadis hanya mendiamkan diri dalam perjalanan mereka ke restoran. Dia tahu jejaka itu ingin memujuk hatinya. Ingin menyembuhkan luka dihatinya. Ingin mengambil hatinya sekali lagi. Mungkin susah untuk dia menerima jejaka ini sekarang tapi perlahan-lahan akan terbuka pintu hati untuk memulakan buku baru semula... By,      Primrose

Si Gadis & Si Jejaka

Part 1 Gadis itu berjalan dengan perasaan yang masih keliru di hatinya. Adakah dia patut teruskan atau berhenti di sini sahaja? Bolehkah dia menoktahkan kisahnya sekarang? Fikirannya buntu.  Langit biru menjadi tatapannya waktu tengahari itu. Dia merasa sepi dan sunyi. Tangannya mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangannya. Perasaan ingin menghubungi sahabatnya terhenti apabila merasakan dia tidak sepatutnya menganggu waktu rehat mereka sekarang. Ya, biar dia pendam sahaja sendiri. Biarlah sakitnya itu dia sendiri yang rasakan. Namun kenapa apabila dia ingin melupakan kisah mereka, si jejaka datang menunjukkan rasa ambil beratnya padahal hati ini sudah dilukai dengan begitu mendalam sekali. Si gadis tetap bertahan berada di sisi jejaka itu. Gadis itu bertanya pada dirinya sendiri. Kenapa rasa sayang dan cintanya tidak dapat terhapus dengan senang?  Dengan langkah perlahan, si gadis menuju ke masjid... By,       Primrose.

Primrose: The Beginning

Let me begin with Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,                        I think by now everyone may have been wondering who the heck is Primrose? Well, i'm regret to inform that my identity will be kept secret till forever. I'm comfortable being anonymous but i may be around you guys. Yes, i meant anyone of you! I'm not trying to make enemies, but i create new IG and new Blog just for my personal interest. Hope that i can make new friends but of course without you guys knowing who am i really are. Any questions, you are free to ask at primrosetheamethyst@gmail.com  Just a little story to tell, i'm a woman. I have a heart. I have been hurt. A lot. And it really takes time to heal my heart. But unfortunately, i go with the flow with the relationship i'm having right now. Well, let's just see where it goes... Farewell for now! Love,        Primrose