Hati Yang Terluka

Part 2

Si jejaka bersandar pada pintu keretanya dan tersenyum ketika memandang si gadis yang berjalan ke arahnya.  Dia tahu apa yang berlaku di dalam hati gadis itu sekarang tapi dia sungguh terharu kerana gadis itu masih boleh memaafkannya atas apa yang telah terjadi. Ya, dia mengaku dia yang khilaf. Dia mudah jatuh cinta sedangkan sudah bertahun-tahun bersama gadis ini tapi mengapa dia dengan sekelip mata sahaja melukakan hati gadis yang disayanginya ini.

Akan ku jaga hatinya sebaik mungkin selepas ini...Maafkan aku Tuhan...bisik si jejaka dalam hati.

Si gadis hanya mendiamkan diri dalam perjalanan mereka ke restoran. Dia tahu jejaka itu ingin memujuk hatinya. Ingin menyembuhkan luka dihatinya. Ingin mengambil hatinya sekali lagi. Mungkin susah untuk dia menerima jejaka ini sekarang tapi perlahan-lahan akan terbuka pintu hati untuk memulakan buku baru semula...

By,
    Primrose

Comments

Popular posts from this blog

Primrose: The Beginning

Si Gadis & Si Jejaka Bakal Bersatu

Buku Baru; Kosong Kosong