Posts

Showing posts from March, 2019

Cabaran Si Gadis Sebagai Isteri

Part 8 Alhamdulillah, sudah beberapa bulan berlalu selepas majlis perkahwinan Si Gadis dan Si Jejaka. Memang diakui akan ada pasang surut dalam rumahtangga. Namun semua itu dilalui bersama tanpa pergaduhan atau masam muka yang berpanjangan. Si Jejaka memang menunjukkan sikap seorang suami yang penyayang, baik hati dan ambil berat akan Si Gadis. Sepanjang alam perkahwinan mereka, Si Jejaka tidak pernah jemu membuatkan Si Gadis merasa gembira. Lain ceritanya pula bagi Si Gadis. Dia merasakan beberapa cabaran sepanjang menjadi seorang isteri. Walaupun tak pernah meluahkan isi hatinya kepada suami, dia sentiasa mengadu kepada Allah Yang Maha Mendengar. Pernah sekali Si Jejaka merungut tentang makanan yang dia inginkan telah habis di sebuah restoran kegemaran kami. Si Gadis turut sama hilang selera makan seperti Si Jejaka yang menunjukkan sikap kebudakan itu. Si Gadis terus rasa marah dalam hati namun tidak diluahkan kepada suami. Tetapi Si Jejaka tahu dia sudah keterlaluan lalu cub