Posts

Showing posts from April, 2020

Bakal Ibu & COVID-19

Secara umumnya, pasti ramai tahu bahawa sekarang ialah musim virus yang dipanggil COVID-19. Satu pandemik yang menggegarkan seluruh dunia yang bermula di Wuhan, China. Walau bagaimanapun, kita tetaplah teruskan berdoa semoga wabak ini akan hilang dengan secepatnya dan dan negara kita akan aman semula dengan izin Allah SWT. ALHAMDULILLAH, setakat ini di Brunei Darussalam, kes tersebut sudah berkurangan namun langkah pencegahan haruslah sentiasa diamalkan sehinggalah wabak tersebut benar-benar sudah terhapus dan terkawal.  Berikutan kisah si Gadis dan si Jejaka, setelah mereka berkahwin selama lebih setahun, Alhamdulillah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki telah memakbulkan doa mereka untuk memperolehi cahaya mata. Namun, si Gadis sekarang hamil 7 bulan. Si Jejaka nampak sungguh gembira dengan berita tersebut. Mana tidaknya, berita itulah yang ditunggu-tunggu selama ini. Mereka berdua rasa sungguh bersyukur.  Tetapi si Gadis masih pula rasa risau disebabkan musim wabak sekarang.