Bakal Ibu & COVID-19

Secara umumnya, pasti ramai tahu bahawa sekarang ialah musim virus yang dipanggil COVID-19. Satu pandemik yang menggegarkan seluruh dunia yang bermula di Wuhan, China. Walau bagaimanapun, kita tetaplah teruskan berdoa semoga wabak ini akan hilang dengan secepatnya dan dan negara kita akan aman semula dengan izin Allah SWT.

ALHAMDULILLAH, setakat ini di Brunei Darussalam, kes tersebut sudah berkurangan namun langkah pencegahan haruslah sentiasa diamalkan sehinggalah wabak tersebut benar-benar sudah terhapus dan terkawal. 

Berikutan kisah si Gadis dan si Jejaka, setelah mereka berkahwin selama lebih setahun, Alhamdulillah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki telah memakbulkan doa mereka untuk memperolehi cahaya mata. Namun, si Gadis sekarang hamil 7 bulan. Si Jejaka nampak sungguh gembira dengan berita tersebut. Mana tidaknya, berita itulah yang ditunggu-tunggu selama ini. Mereka berdua rasa sungguh bersyukur. 

Tetapi si Gadis masih pula rasa risau disebabkan musim wabak sekarang. Dia takut kalau virus itu mengenai dirinya. Tambahan lagi, sekarang adanya perintah untuk menghadkan pergerakan ke suatu tempat secara beramai-ramai. Makan di kedai pun tidak dibenarkan. Kebanyakan kedai makanan mula mengalami masalah ekonomi dan segelintirnya terpaksa menutup kedai. Kadang-kadang si Gadis rasa tertekan dan sedih mengenangkan hal ini.

Si Jejaka pula mengalami masalah sendiri di tempat kerja. Disebabkan penularan virus ini, syarikat tempat bekerjanya terpaksa menukar waktu bekerja mereka dan ini telah memberi impak kepada pendapatan bulanan si Jejaka. Oleh otu, si Gadis cuba memahami dan kadang-kadang berdiam diri sekiranya dia mengidam untuk makan sesuatu. Ini kerana dia faham mereka harus berjimat cermat memandangkan ekonomi rumahtangga mereka tidak mengizinkan. 

Apa yang harus dilakukan sekarang ialah si Gadis fan si Jejaka hanya mampu terus berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa dan Maha Berkuasa di alam kni supaya segalanya akan diperbetulkan secepatnya. Semoga Brunei dan negara-negara lain kuga akan terus dilindungi daripada wabak merbahaya ini. Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin...

Love,
          Primrose

Comments

Popular posts from this blog

Primrose: The Beginning

Si Gadis & Si Jejaka Bakal Bersatu

Buku Baru; Kosong Kosong