Si Gadis & Si Jejaka

Part 1

Gadis itu berjalan dengan perasaan yang masih keliru di hatinya. Adakah dia patut teruskan atau berhenti di sini sahaja? Bolehkah dia menoktahkan kisahnya sekarang? Fikirannya buntu. 

Langit biru menjadi tatapannya waktu tengahari itu. Dia merasa sepi dan sunyi. Tangannya mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangannya. Perasaan ingin menghubungi sahabatnya terhenti apabila merasakan dia tidak sepatutnya menganggu waktu rehat mereka sekarang. Ya, biar dia pendam sahaja sendiri. Biarlah sakitnya itu dia sendiri yang rasakan.

Namun kenapa apabila dia ingin melupakan kisah mereka, si jejaka datang menunjukkan rasa ambil beratnya padahal hati ini sudah dilukai dengan begitu mendalam sekali. Si gadis tetap bertahan berada di sisi jejaka itu. Gadis itu bertanya pada dirinya sendiri. Kenapa rasa sayang dan cintanya tidak dapat terhapus dengan senang? 

Dengan langkah perlahan, si gadis menuju ke masjid...

By,
      Primrose.

Comments

Popular posts from this blog

Primrose: The Beginning

Si Gadis & Si Jejaka Bakal Bersatu

Buku Baru; Kosong Kosong