Kemampuan, Kekuatan dan Keberanian Si Gadis

Part 7

Memang betul kata orang, dugaan hendak berkahwin ini memang sungguh mencabar. Terutama sekali bagi si gadis. Si gadis sibuk dengan pelajarannya sekarang. Apa lagi sekarang sudah masuk tahun ke empat. Final Year. Namun si gadis terpaksa menyambung 1 semester lagi tahun depan kerana modular credits yang tidak mencukupi bagi outside faculty breadth. Tambahan lagi, assignments pula sudah mula datang melambak. Namun dalam hati sentiasa berdoa supaya semuanya dipermudahkan sewaktu hampir hari perkahwinan nanti.

Kad jemputan sudah pun mula diedarkan. Alhamdulillah juga untuk persiapan perkahwinan. 

Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan pembelajaran dan perkahwinanku ini. Aku memohon Engkau jauhilah kami dari kekusutan di kemudian hari dan datangkanlah kemudahan di setiap hari kami. Aku percaya akan perancanganMu Ya Allah. Semoga Engkau sentiasa terus memberkati perjalanan hidup kami ini Ya Allah. Amin...

Itulah yang selalu dipinta oleh Si Gadis. Kemudahan dan keberkatan dalam setiap urusannya. 

Kebelakangan ini juga si Jejaka telah mengalami beberapa masalah. Pertama hal kemalangan di kampung jejaka itu. Ya Allah, betapa takutnya hati si Gadis waktu itu ketika Jejaka meneleponnya dan memberitahu dia terlibat dalam kemalangan kecil. Bila si Gadis memarahi si Jejaka, si Jejaka sekadar mengatakan 'Darah manis' dan tersenyum. Hal lain pula ialah bakal ibu mertua si Gadis. Saat itu juga hati si gadis rasa sedih dan kasihan melihat hidung dan mulut ibu Jejaka mengeluarkan darah yang banyak. Namun Alhamdulillah sekarang ibu si Jejaka sudah sembuh seperti biasa. Lega juga hati Si Gadis.


By,
           Primrose 

Comments

Popular posts from this blog

Primrose: The Beginning

Si Gadis & Si Jejaka Bakal Bersatu

Buku Baru; Kosong Kosong