Buku Baru; Kosong Kosong

Part 4


Tahun baru merupakan permulaan baru untuk buka buku baru. Ya, si gadis sudah tekad untuk melupakan khilaf si jejaka dan mencuba membuka hati untuk memaafkan semua orang yang menyakitkan hati. Namun adakalanya si gadis masih ragu-ragu...Betul ke si jejaka patuh pada hatinya kali ini?


Si jejaka juga sudah mula menunjukkan rasa senangnya kerana si gadis mula belajar untuk mencintainya kembali. Setiap senyuman yang terbit di bibir si gadis membuktikan yang gadis itu sedang perlahan-lahan pulih dari kesakitan yang dilakukan olehnya. Ya, dia mesti teruskan untuk membuat gadis itu bahagia kerana itu satu bayaran terhadap apa yang pernah dilakukannya dahulu. 

"Takkan pernah ada lagi orang ketiga masuk ke dalam hidup kita kecuali awak dan saya"

Itulah yang dijanjikan si jejaka.

"Cukuplah sekali. Jangan biar hati saya terluka lagi kerana saya takkan mampu bertahan sekiranya terjadi lagi..."

Itulah yang dikatakan oleh si gadis.

Dan perlahan-lahan luka itu akan sembuh selaras dengan masa...In Sha Allah...


By,

           PRIMROSE


Comments

Popular posts from this blog

Primrose: The Beginning

Si Gadis & Si Jejaka Bakal Bersatu