Perasaan Yang Hilang

Part 3


Si gadis hanya termenung di dalam bilik tidurnya. Masih keliru dengan keputusan yang telah dibuat. Entah kenapa sejak beberapa bulan ini tingkah laku lelaki itu berbeza sekali dengannya. Tidak begitu rapat. Tidak ambil berat seperti dulu-dulu. Adakah perlahan-lahan lelaki itu sudah bosan dengan perangainya ini.

Ya, dia mengaku yang dia selalu marah-marah, berfikiran negatif dan fikir yang bukan-bukan terhadap si jejaka. Kadang-kadang sehingga menimbulkan kemarahan dan pergaduhan yang tidak diinginkan. Akhirnya si gadis itu sendiri yang mengalirkan air mata kesedihan. 

Adakalanya juga si gadis berfikir adakah dia sudah tidak waras? Setiap kali si gadis meluahkan rasa sedihnya kepada si jejaka, si jejaka sentiasa memahami si gadis kerana dia tahu itu semua juga punca daripada kekhilafannya sendiri. 

Si gadis duduk bersila di atas katil sambil memeluk kuat bantalnya. Air matanya mula menitis lagi. Dalam hatinya...Ya Allah, berikan aku kekuatan kerana Engkaulah sumber kekuatanku saat ini. Berikan aku ketenangan dan boleh memaafkan insan-insan yang telah menyakitiku...



By,
         PRIMROSE

Comments

Popular posts from this blog

Primrose: The Beginning

Si Gadis & Si Jejaka Bakal Bersatu

Buku Baru; Kosong Kosong